Mereka Menyebarkan Ajaran “20 Sifat” Allah

Nabi Muhammad ﷺ, para sahabat, dan dua generasi selepas mereka tidak menyusun sifat-sifat Allah ke dalam bentuk “20 Sifat” atau bilangan yang tetap. Mereka menetapkan semua nama dan sifat yang disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah tanpa mengehadkannya kepada senarai tertentu. Mereka juga tidak menjadikan pengelasan falsafah terhadap sifat-sifat Allah yang terdapat dalam “Sifat 20” seperti:

(A) Sifat Nafsiyyah (Sifat Diri); sifat yang berkaitan dengan zat atau kewujudan Allah sendiri:

  1. Wujud (Ada)

(B) Sifat Salbiyyah (Sifat Penafian); sifat yang menafikan segala kekurangan atau ketidaksempurnaan Allah:

  1. Qidam (Terdahulu; Sedia ada)
  2. Baqa’ (Kekal)
  3. Mukhalafatuhu lil-hawadith (Berlainan dengan yang baru)
  4. Qiyamuhu binafsih (Berdiri dengn sendiri)
  5. Wahdaniyyah (Esa)

(C) Sifat Ma‘anee (Sifat Makna); sifat yang berkaitan dengan kekuasaan, kehendak, ilmu dan aspek lain yang memberi makna kepada kewujudan Allah:

  1. Qudrah (Berkuasa)
  2. Iradah (Berkehendak)
  3. ‘Ilmun (Mengetahui)
  4. Hayyun (Hidup)
  5. Sama’ (Mendengar)
  6. Basar – (Melihat)
  7. Kalam (Berkata-kata)

(D) Sifat Ma’nawiyyah (Sifat Maknawi); sifat yang merupakan akibat atau penzahiran daripada Sifat Ma‘anee:

  1. Kaunuhu Qadiran (Keadaan-Nya Yang Maha Berkuasa)
  2. Kaunuhu Muridan (Keadaan-Nya Yang Maha Berkehendak)
  3. Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan-Nya Yang Maha Mengetahui)
  4. Kaunuhu Hayyan (Keadaan-Nya Yang Maha Hidup)
  5. Kaunuhu Sami‘an (Keadaan-Nya Yang Maha Mendengar)
  6. Kaunuhu Basiran (Keadaan-Nya Yang Maha Melihat)
  7. Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan-Nya Yang Maha Berkata-kata)

Ulama yang mengikuti manhaj Salaf mengelakkan pengelasan falsafah seperti ini kerana istilah-istilah tersebut dipengaruhi oleh logik Yunani dan ‘Ilm al-Kalaam (teologi spekulatif atau rasional).

Akidah Ahlus-Sunnah wal-Jamaa‘ah berhubung dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah adalah mengesahkan kesemua nama dan sifat yang Allah tetapkan bagi diri-Nya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, tanpa melakukan perkara-perkara berikut:

(A) Tahreef (memutarbelitkan atau menukarkan nama atau sifat Allah daripada makna yang sebenar)

(B) Ta’teel (menafikan atau menolak nama atau sifat tersebut)

(C) Takyeef (menghuraikan atau menerangkan hakikat sifat Allah, contohnya dengan berkata: “Aku mengesahkan bahawa Allah memiliki Wajah, dan Wajah-Nya seperti sekian-sekian” atau dengan mempersoalkan “bagaimana” sifat itu, contohnya dengan berkata: “Bagaimana rupa Wajah Allah?”)

(D) Tamtheel (menyamai sifat Allah dengan sifat makhluk)

“20 Sifat” dianggap sebagai bid‘ah oleh para ulama yang berpegang kepada manhaj Salaf kerana sebab-sebab berikut:

(A) Tiada Asas dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

  • Nabi ﷺ dan para sahabat tidak pernah berkata: “Allah mempunyai tepat 20 sifat yang wajib kamu ketahui.”
  • Mengehadkan sifat Allah kepada 20 mengimplikasikan kebatasan pada-Nya, sedangkan sifat Allah itu tidaklah terbatas.

(B) Dipengaruhi Teologi Falsafah

  • Kerangka “20 Sifat” dibangunkan oleh para ulama selepas as-Salafus-Soleh (terutamanya golongan Ash‘ariyyah dan Maturidiyyah) dengan menggunakan dalil-dalil rasional untuk mempertahankan Islam daripada ahli falsafah, Mu’tazilah, dan lain-lain.
  • Ulama yang berpegang kepada manhaj Salaf melihat perkara ini sebagai bid‘ah kalaam (spekulatif), iaitu penggunaan kaedah rasional dan perdebatan untuk menetapkan, mempertahankan, serta membahaskan prinsip-prinsip asas akidah Islam.

(C) Risiko Menafikan Sifat Allah yang Lain

  • Dengan mensistematikkan ke dalam kategori-kategori tertentu, sebahagian sifat yang disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah telah ditinggalkan (contohnya: Cinta, Rahmat, Kemarahan, dan Keredaan Allah).
  • Cara as-Salafus-Soleh adalah mengesahkan kesemua sifat Allah sebagaimana ia diturunkan, tanpa mengehadkan sifat-Nya kepada suatu senarai ciptaan manusia.

(D) Paksaan ke atas Muslim

  • Dalam ajaran Ash‘ariyyah, mengetahui “20 Sifat” kadangkala dijadikan syarat sahnya iman.
  • Para ulama berorientasikan Salaf berhujah bahawa ilmu sedemikian tidak pernah diwajibkan oleh Allah, kerana Allah memerintahkan Nabi ﷺ untuk mengajar para sahabat supaya beriman hanya kepada Allah, nama-nama dan sifat-sifat-Nya sebagaimana yang telah diwahyukan.

Walaupun “20 Sifat” berfungsi sebagai suatu kerangka teologi yang bertujuan untuk mempertahankan kepercayaan yang benar terhadap sifat Allah daripada ideologi sesat, kami yang berpegang dengan manhaj Salaf, menganggapnya sebagai bid‘ah kerana ia menetapkan sifat Allah kepada bilangan tertentu, bergantung pada pengkategorian falsafah, serta tidak pernah diajarkan oleh Nabi ﷺ ataupun para sahabat.

Akidah yang Benar terhadap Sifat Allah:


“THE HISTORY OF ACTING…”

The art of acting in the history of creation began when Prophet Adam عليه السلام and Hawwa عليها السلام were still in Paradise, when they were approached…

Show more…

“SEJARAH SENI LAKONAN…”

Seni lakonan dalam sejarah makhluk bermula sejak Nabi Adam عليه السلام dan Hawa عليها السلام berada dalam Syurga lagi apabila mereka didatangi “PENASIHAT” lalu dia berkata: “Tidaklah…

Show more…

LABELKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG ‘MUSLIM’

Orang yang berpegang teguh kepada mazhab atau tarekat sufi tertentu sering dilabelkan berdasarkan pegangan tersebut (contohnya Tablighi, Deobandi, Qadiri, Naqshbandi, Chishti, Tijani, dan lain-lain). Bahkan mereka yang…

Show more…

They Celebrate Mawlid

The celebration of Mawlid has no basis in the Qur’an or the Sunnah. Prophet Muhammad ﷺ, his companions, and the early generations of Islam did not celebrate…

Show more…

Mereka Menyambut Maulid Nabi ﷺ

Perayaan Maulid tidak mempunyai asas dalam Al-Quran mahupun Sunnah. Nabi Muhammad ﷺ, para sahabat Baginda, serta generasi awal Islam tidak pernah meraikannya. Imam ash-Shafi‘i, yang pandangan fiqhnya…

Show more…

The Purpose of Our Lives

Allah says in the Qur’an: “Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to…

Show more…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.

Translate »