Seni lakonan dalam sejarah makhluk bermula sejak Nabi Adam عليه السلام dan Hawa عليها السلام berada dalam Syurga lagi apabila mereka didatangi “PENASIHAT” lalu dia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).”
Bukankah Iblis LA’NATULLAH, makhluk jin, “PELAKON” yang pertama dalam dunia seni lakonan? Dia PURA-PURA bersumpah kepada Nabi Adam عليه السلام dan Hawa عليها السلام bahawa dia adalah daripada “PENASIHAT-PENASIHAT” yang “IKHLAS”. Bacalah Surah Al-A’raf…
Berwaspadalah dengan kuncu-kuncu Iblis yang berlakon sebagai “PENASIHAT”. Jangan ingat di kota ini tiada “PELAKON-PELAKON HEBAT” seperti di dalam TV…
Berdoalah; mintalah Allah supaya dikurniakan AL-HUDAA الْهُدَىٰ kerana ia akan menumbuhkan sifat WASPADA dan PEKA dalam diri kita. Amalkan zikir sunnah pagi dan petang. Janganlah jadi di kalangan GHAAFILEEN. Amalkan doa sunnah ini:
.اَللَّهُمَّ إنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْغَفْلَةِ
ALLAAHUMMA INNEE A‘UU-DZUBIKA MINAL GHAFLAH.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kelalaian.
Semoga bermanfaat.
