AMALAN SEBENAR NABI MUHAMMAD ﷺ SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

‘Aisyah رضى الله عنها berkata:

“Tidaklah Rasulullah ﷺ duduk di suatu majlis, tidak pula membaca Quran, dan tidak pula mengerjakan solat, melainkan menutupnya dengan beberapa kalimat.” Aisyah رضى الله عنها berkata: “Aku pun mengatakan: ‘Wahai Rasulullah! Aku melihatmu tidak duduk di suatu majlis, tidak pula membaca Quran, dan tidak pula mengerjakan solat, kecuali menutupnya dengan kalimat tersebut.’ Beliau menjawab: ‘Ya. Barangsiapa mengucapkan sesuatu kebaikan, ia adalah penutup bagi kebaikan itu. Dan barangsiapa mengucapkan sesuatu keburukan, maka kalimat ini menjadi tebusannya:

سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.‏

SUBHAANAKA WA BIHAMDIKA, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, ASTAGHFIRUKA WA-ATUUBU ILAIKA.

Maksudnya:

Maha Suci Allah dan dengan memuji-Mu, tidak ada tuhan selain Engkau, aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.’” [as-Sunan al-Kubra (10067) oleh Imam an-Nasa’i. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani]

Jika kita benar-benar mencintai Nabi Muhammad ﷺ, ikutilah Sunnahnya. Baca dan pelajarilah sebanyak yang mampu hadis-hadis Nabi Muhammad ﷺ dan amalkannya. Jangan ikuti amalan yang tiada dalilnya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Nabi Muhammad ﷺ:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya; iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya (As-Sunnah Nabi Muhammad ﷺ).” [Muwatta’ Malik]

Semoga Allah membimbing kita untuk berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mengamalkan kedua-duanya sebanyak yang mungkin, dan menjauhi segala amalan yang tiada asasnya dalam ajaran Nabi Muhammad ﷺ. Semoga Dia melindungi kita daripada terpengaruh dengan Ahlul-Bid‘ah yang berleluasa di kalangan umat kita. Semoga Allah menambahkan kita ilmu yang bermanfaat, mengurniakan kita keghairahan dalam mencarinya, serta menganugerahkan pemahaman yang sebenar terhadap ajaran murni Nabi Muhammad ﷺ. Aamiin.

 


“THE HISTORY OF ACTING…”

The art of acting in the history of creation began when Prophet Adam عليه السلام and Hawwa عليها السلام were still in Paradise, when they were approached…

Show more…

“SEJARAH SENI LAKONAN…”

Seni lakonan dalam sejarah makhluk bermula sejak Nabi Adam عليه السلام dan Hawa عليها السلام berada dalam Syurga lagi apabila mereka didatangi “PENASIHAT” lalu dia berkata: “Tidaklah…

Show more…

LABELKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG ‘MUSLIM’

Orang yang berpegang teguh kepada mazhab atau tarekat sufi tertentu sering dilabelkan berdasarkan pegangan tersebut (contohnya Tablighi, Deobandi, Qadiri, Naqshbandi, Chishti, Tijani, dan lain-lain). Bahkan mereka yang…

Show more…

They Celebrate Mawlid

The celebration of Mawlid has no basis in the Qur’an or the Sunnah. Prophet Muhammad ﷺ, his companions, and the early generations of Islam did not celebrate…

Show more…

Mereka Menyambut Maulid Nabi ﷺ

Perayaan Maulid tidak mempunyai asas dalam Al-Quran mahupun Sunnah. Nabi Muhammad ﷺ, para sahabat Baginda, serta generasi awal Islam tidak pernah meraikannya. Imam ash-Shafi‘i, yang pandangan fiqhnya…

Show more…

The Purpose of Our Lives

Allah says in the Qur’an: “Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to…

Show more…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.

Translate »