ADAKAH UNIVERSE INI EXPANDING? TIDAK…

Saya enggan percaya “that the universe is expanding” walaupun scientists claim otherwise based on their observations.

Ponder on Surah Al-Ma‘arij and Surah As-Sajdah. Dalam dua surah ini, sudah ditetapkan kiraan masa untuk kita bayangkan berapa luas universe ini. Kiraan masa itu sudah DITETAPKAN 50,000 ribu tahun di dalam Surah Al-Ma’arij, 1,000 tahun di dalam Surah As-Sajdah, dan 500 tahun di dalam hadis Jami’ at-Tirmidzi (2588).

Allah berfirman dalam Kitab-Nya:

“Para malaikat dan Ruh [Jibril] naik menghadap-Nya dalam satu hari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.” [Surah Al-Ma’arij, 70:4]

“Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi; kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitungan kamu.” [Surah As-Sajdah, 32:5]

Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

“Jika sebutir seperti ini, dan Baginda menunjukkan sesuatu seperti Al-Jumjumah (sebiji kecil berwarna kuning, dan namanya diambil daripada perkataan bagi rongga tengkorak), dijatuhkan dari langit ke bumi, sedangkan jaraknya adalah perjalanan lima ratus tahun, nescaya ia akan sampai ke bumi sebelum malam tiba. Tetapi jika ia dijatuhkan dari bahagian atas rantai (yang disebut dalam Al-Quran, 69:32), ia akan terus jatuh selama empat puluh tahun, siang dan malam, sebelum sampai ke dasar atau hujungnya.” [Jami’ at-Tirmidzi (2588)]

Dalam Kitab at-Tauhid, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab رحمه الله telah memperuntukkan satu bab untuk menjelaskan firman Allah: “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar-benarnya, padahal bumi seluruhnya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat.” [Al-Quran, Surah Az-Zumar, 39:67]

Dalam bab tersebut, beliau memetik beberapa riwayat yang menerangkan tentang jarak antara langit-langit. Antara riwayat tersebut ialah:

Daripada Ibn Mas‘ud رضي الله عنه, beliau berkata:

“Di antara langit yang paling rendah dengan langit di atasnya ialah perjalanan lima ratus tahun. Di antara setiap langit dengan langit yang berikutnya ialah perjalanan lima ratus tahun. Di antara langit ketujuh dengan Arasy ialah perjalanan lima ratus tahun. Di antara Arasy dengan air ialah perjalanan lima ratus tahun. Arasy berada di atas air, Allah berada di atas Arasy, dan tidak tersembunyi daripada-Nya sedikit pun amalan-amalan kamu.”

Riwayat ini menyebut bahawa:

  • Antara langit yang paling rendah dengan langit di atasnya: 500 tahun perjalanan
  • Antara setiap langit dengan langit yang berikutnya: 500 tahun perjalanan
  • Antara langit ketujuh dengan Arasy: 500 tahun perjalanan
  • Antara Arasy dengan air: 500 tahun perjalanan
  • Arasy berada di atas air, dan Allah berada di atas Arasy.

Daripada ‘Abbas ibn Abdul Muttalib رضي الله عنه, beliau berkata:

“Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Tahukah kamu berapa jauhnya jarak antara langit dan bumi?’ Kami menjawab: ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’ Baginda bersabda: ‘Di antara keduanya ialah perjalanan lima ratus tahun. Dari setiap langit ke langit yang berikutnya ialah perjalanan lima ratus tahun. Ketebalan setiap langit ialah perjalanan lima ratus tahun. Di antara langit ketujuh dengan Arasy terdapat sebuah lautan; jarak antara dasar dan permukaannya adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Allah Yang Maha Tinggi berada di atas semua itu, dan tidak tersembunyi daripada-Nya sedikit pun amalan anak-anak Adam.’”

Hadis ini menyebut bahawa:

  • Antara langit dan bumi: perjalanan 500 tahun
  • Dari satu langit ke langit yang berikutnya: perjalanan 500 tahun
  • Ketebalan setiap langit: perjalanan 500 tahun
  • Di atas langit ketujuh terdapat sebuah lautan yang jarak antara dasar dan permukaannya adalah seperti jarak antara langit dan bumi.
  • Allah Yang Maha Tinggi berada di atas semua itu.

Pelajaran daripada riwayat-riwayat ini menekankan kepentingan memahami:

  • Jarak antara satu langit dengan langit yang lain.
  • Jarak antara langit dan bumi.

Kalaulah universe ini is continuously expanding as mentioned in some English translations of the Qur’an, then kiraan masa pun semakin bertambah sejak dahulu hinggalah sekarang. 50,000 ribu tahun yang sudah ditetapkan dalam Al-Quran mungkin sudah menjadi 50,XXX tahun. Anda utamakan dakwaan scientists tentang hal ini ataupun dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah?

Semoga bermanfaat. Allahu A’lam. 🤗


“THE HISTORY OF ACTING…”

The art of acting in the history of creation began when Prophet Adam عليه السلام and Hawwa عليها السلام were still in Paradise, when they were approached…

Show more…

“SEJARAH SENI LAKONAN…”

Seni lakonan dalam sejarah makhluk bermula sejak Nabi Adam عليه السلام dan Hawa عليها السلام berada dalam Syurga lagi apabila mereka didatangi “PENASIHAT” lalu dia berkata: “Tidaklah…

Show more…

LABELKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG ‘MUSLIM’

Orang yang berpegang teguh kepada mazhab atau tarekat sufi tertentu sering dilabelkan berdasarkan pegangan tersebut (contohnya Tablighi, Deobandi, Qadiri, Naqshbandi, Chishti, Tijani, dan lain-lain). Bahkan mereka yang…

Show more…

They Celebrate Mawlid

The celebration of Mawlid has no basis in the Qur’an or the Sunnah. Prophet Muhammad ﷺ, his companions, and the early generations of Islam did not celebrate…

Show more…

Mereka Menyambut Maulid Nabi ﷺ

Perayaan Maulid tidak mempunyai asas dalam Al-Quran mahupun Sunnah. Nabi Muhammad ﷺ, para sahabat Baginda, serta generasi awal Islam tidak pernah meraikannya. Imam ash-Shafi‘i, yang pandangan fiqhnya…

Show more…

The Purpose of Our Lives

Allah says in the Qur’an: “Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to…

Show more…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.

Translate »