MAKNA SEBENAR SYUKUR BUKAN HANYA MELAFAZKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH…

Ketahuilah bahawa Iblis dan tenteranya tidak akan berhenti dalam usaha mereka sehingga mereka menjadikan seorang hamba itu lupa akan setiap nikmat Allah lalu terjatuh ke dalam kekufuran; tidak bersyukur. Iblis berkata kepada Allah:

“Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka dan dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (iaitu mereka tidak taat kepada-Mu).” [Al-Quran, Surah Al-A’raf, 7:17]

Mana mungkin seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Muslim mendakwa ia bersyukur atas nikmat kurniaan Allah, tetapi dia tidak mendirikan solat. Syukur semestinya disertai dengan solat yang berterusan.

Tujuan solat bukan hanya untuk mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya tetapi juga untuk menzahirkan rasa kesyukuran kerana melimpahkan nikmat-Nya kepada kita. Nabi Muhammad ﷺ dikatakan berdiri semasa solat terlalu lama sehingga kulit kakinya merekah (iaitu kakinya bengkak). Isterinya ‘Aishah رضى الله عنها bertanya kepadanya:

“Mengapa kamu melakukan ini sedangkan dosamu yang lalu dan yang akan datang telah diampuni?” Dia berkata: “Apakah aku tidak suka menjadi hamba Allah yang bersyukur?” [Sahih al-Bukhari (4837)]

Allah telah berjanji akan menambahkan nikmat-Nya kepada kita jika kita menzahirkan rasa syukur kepada-Nya dengan mentaati perintahnya dan beramal soleh. Dia berfirman di dalam Kitab-Nya:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Jika kamu bersyukur (dengan sentiasa mendirikan solat, bersedekah dan melakukan ibadat-ibadat yang lain), niscaya Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’” [Al-Quran, Surah Ibrahim, ayat 14:7]

Renungkanlah dua ayat yang beriringan dalam Surah Al-Baqarah, 2:152-153:

“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku supaya Aku akan mengingati kamu (dan membalas kamu dengan kebaikan); dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku). Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mendirikan) solat. Sesungguhnya, Allah bersama (menyertai menolong) orang-orang yang sabar.”

Sejurus selepas Allah memerintahkan kita untuk mengingati-Nya dan bersyukur kepada-Nya, Dia memerintahkan kita pula untuk meminta pertolongan-Nya dengan bersabar dan mendirikan solat. Perhatikanlah susunan dalam perintah-Nya:

(1) Mengingati Allah

(2) Bersyukur kepada Allah dan jangan kufur kepada-Nya.

(3) Meminta pertolongan-Nya

(4) Bersabar

(5) Mendirikan solat

Perasaan syukur hadir bila kita mengingati Allah dan nikmat kurniaan-Nya. Nikmat kurniaan-Nya adalah sebahagian daripada ujian kehidupan kita. Seseorang yang bersyukur dan mengaku dirinya sebagai “Muslim” sepatutnya menzahirkan kesyukurannya bukan hanya dengan lidah, tetapi juga dengan mengerjakan solat secara berterusan; beristiqamah dan tidak meninggalkannya sama sekali.

Selain itu, janganlah kita berhenti meminta pertolongan-Nya dalam setiap urusan kita dengan bersabar dan mendirikan solat.

Semoga bermanfaat. 🤗

Topik relevan:


“THE HISTORY OF ACTING…”

The art of acting in the history of creation began when Prophet Adam عليه السلام and Hawwa عليها السلام were still in Paradise, when they were approached…

Show more…

“SEJARAH SENI LAKONAN…”

Seni lakonan dalam sejarah makhluk bermula sejak Nabi Adam عليه السلام dan Hawa عليها السلام berada dalam Syurga lagi apabila mereka didatangi “PENASIHAT” lalu dia berkata: “Tidaklah…

Show more…

LABELKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG ‘MUSLIM’

Orang yang berpegang teguh kepada mazhab atau tarekat sufi tertentu sering dilabelkan berdasarkan pegangan tersebut (contohnya Tablighi, Deobandi, Qadiri, Naqshbandi, Chishti, Tijani, dan lain-lain). Bahkan mereka yang…

Show more…

They Celebrate Mawlid

The celebration of Mawlid has no basis in the Qur’an or the Sunnah. Prophet Muhammad ﷺ, his companions, and the early generations of Islam did not celebrate…

Show more…

Mereka Menyambut Maulid Nabi ﷺ

Perayaan Maulid tidak mempunyai asas dalam Al-Quran mahupun Sunnah. Nabi Muhammad ﷺ, para sahabat Baginda, serta generasi awal Islam tidak pernah meraikannya. Imam ash-Shafi‘i, yang pandangan fiqhnya…

Show more…

The Purpose of Our Lives

Allah says in the Qur’an: “Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to…

Show more…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.

Translate »