APAKAH PENAWAR TERBAIK UNTUK SIHIR & PENYAKIT ‘AIN?

‘Ruqyah’ ialah amalan merawat penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Ia adalah penawar bagi penyakit akibat ‘ain, sihir, gangguan jin dan penyakit-penyakit fizikal.

Cara terbaik untuk merawat diri anda daripada penyakit akibat ‘ain, sihir dan penyakit-penyakit yang lain adalah dengan membaca sendiri ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa daripada As-Sunnah. Bagi yang dirasuk jin, disyorkan Raqi (orang yang melakukan ruqyah) membaca jampi-jampi ke atas orang yang di rasuk itu. Raqi ini mestilah boleh membaca Al-Quran dengan baik dan memahami maksudnya, mempunyai akidah yang kukuh, beramal soleh dan berakhlak mulia untuk melakukan ruqyah. Dia mesti mempunyai niat yang baik; ingin memberi manfaat kepada saudara seislam yang diruqyahkan dan tidaklah dia mementingkan wang atau bayaran.

Janganlah terpedaya membeli produk komersial yang dipromosikan secara palsu sebagai penawar sihir, gangguan jin atau penyakit akibat ‘ain, seperti air ruqyah untuk minum atau mandi, semburan bidara, gel mandian, dan seumpamanya. Allah ialah Ash-Shafi; Yang Maha Menyembuhkan. Bertawakkal dan bersandarlah kepada Allah, serta ketahuilah bahawa melakukan ruqyah ke atas diri sendiri dengan membaca ayat-ayat yang disyariatkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah sudah memadai untuk penyembuhanmu. Kamu juga boleh membaca ayat-ayat tersebut ke atas air, kemudian meminumnya dan menggunakan selebihnya untuk mandi.

Muat turun kaedah ruqyah dan ayat-ayat yang disyariatkan di bawah:

https://lifewithallah.com/wp-content/uploads/2022/07/Ruqyah-by-Life-With-Allah.pdf

Leave a comment

Subscribe to my site


Posts

categories